Pages

Monday 9 May 2011

SEKITAR PRIS 2011


Pada 6 mei 2011 hingga 7 Mei 2011 Jawatankuasa Surau Al-Falah telah menganjurkan satu program yang dinamakan Program Remaja Islam. Objektif program ni diadakan adalah bagi mendekatkan lagi golongan remaja dengan masjid. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pengisian rohani kepada pelajar serta mengeratkan hubungan remaja dengan masyarakat sekitar.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula dari pukul 6.00 petang pada 6 Mei 2011 hingga 8.30 pagi pada 7 Mei 2011 untuk peserta muslimin. Kemudian, program bersambung pada pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang pada 7 Mei 2011.  Seramai 48 peserta  muslimin  dan 35 peserta musimat telah menyertai program ini.

Sepanjang program ini djalankan banyak aktivti dan latihan dalam kumpulan yang telah dijalankan. Namun program PRIS pada tahun ini adalah lebih memberi tumpuan kepada konsep cintakan Allah, cintakan Rasul dan cintakan Ibu Bapa. Sepanjang program ini dijalankan kelihatan riak wajah para peserta  yang begitu seronok dengan aktivti yng dijalankan. 


                                                Sesi pendaftaran musilmin






                                                   Latihan dalam Kumpulan 


                                                        Aktiviti riadah 


                                                          Sesi Refleksi





                                                       Pendaftaran peserta


                                                         Sesi Pendaftaran


                                                   Latihan Dalam kumpulan


                                                      Sesi Pembentangan

                                                           Aktiviti Riadah

Sesi Refleksi

Semoga program ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang supaya remaja sekarang dapat didedahkan dengan program-program ilmu yang sangat bermanfaat ini. 



Monday 2 May 2011

PROGRAM REMAJA ISLAM 2011






Jawatankuasa Surau Al-Falah. Kg Melayu Batu 8, Hulu Kinta akan menganjurkan sebuah program untuk remaja iaitu "Program Remaja Islam 2011" atau PRIS. 

Program ini merupakan kesinambungan program-program untuk remaja sebelum ini. Menyedari ianya bermanfaat dan penting bagi memberi kefahaman tentang Islam kepada para remaja sekitar, program ini diteruskan pada tahun ini. 

Objektif program ini diadakan adalah untuk mendekatkan golongan remaja dengan masjid disamping memberikan pengisian rohani kepada remaja. Selain daripada itu, program ini juga bermatlamat untuk melahirkan generasi remaja yang berakhlak mulia serta menerapkan penghayatan solat dalam diri remaja. 

Program ini terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 10 tahun sehingga 15 tahun.

Photobucket
*kenangan sewaktu PRIS terdahulu....

Photobucket
*peserta muslimin....

AJK Program
*peserta muslimat...

TEMPAT: 
SURAU AL-FALAH , KG MELAYU BATU 8, HULU KINTA 

TARIKH: 
6 MEI 2011 (PESERTA LELAKI) 
7 MEI 2011 (PESERTA PEREMPUAN) 

MASA PENDAFTARAN: 
6.00 PETANG (LELAKI) 
8.30 PAGI (PEREMPUAN) 

HARI: 
JUMAAT & SABTU  

ANJURAN: 
JAWATAN KUASA SURAU AL-FALAH, BATU 8, HULU KINTA 

YURAN PENDAFTARAN: 
RM 15 SEORANG (LELAKI)
RM 10 SEORANG (PEREMPUAN)



TENTATIF PROGRAM PROGRAM REMAJA ISLAM

1) LELAKI
6 Mei 2011 (Jumaat)
6.00 petang >Pendaftaran peserta 
7.20 malam >Solat Maghrib berjemaah 
                     Kuliah Maghrib
8.30 malam >Solat Isya' berjemaah 
9.00 malam >LDK 1 >Ice Breaking
10.00 malam > Motivasi Bersama Remaja
11.00 malam >Halaqah al-Mulk 
11.30 t/malam >Tidur

7 Mei 2011 (Sabtu)
4.30 pagi >Qiamullail
5.45 pagi >Solat Subuh berjemaah & Kuliah Subuh
7.30 pagi > Riadhah
8.30 pagi >Sarapan dan bersurai

2) PEREMPUAN
7 Mei 2011 (Sabtu)

9.00 pagi >Pendaftaran & Taklimat program 
10.00 pagi >LDK 1 Modul : Ice Breaking
12.00 t/hari >Makan Tengahari 
1.30 petang >Solat Zuhur berjemaah 
2.30 petang >LDK 2  : Motivasi Bersama Remaja
4.30 petang >Minum petang 
4.45 petang >Solat Asar berjemaah
5.30 petang >Riadah 
6.30 petang >Bersurai


Sebarang pertanyaan atau ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke program ini, sila hubungi: 

1. Muhammad Syafiq bin Aris - 013 532 2621

2. Nor Husna binti Nordeen - 013 437 7534